Kita sering pergi ke pusat membeli belah dengan niat membeli satu barang atau seumpamanya, namun kemudian pulang dengan tangan kosong sahaja, atau membawa satu barang yang sebenarnya bukan pilihan hati setelah beberapa ketika mungkin kita rasa menyesal membelinya :( Persoalanya kenapa boleh terjadi seumpama itu? kenapa kita boleh terbeli barangan tersebut? Pasti barangan tersebut tidak dimanfaatkan sepenunhnya. Dek kerana mungkin terlalu banyak pilihan menjadi salah satu puncanya.
Menurut ahli psikologi dari Swarthmore College, Barry Schwartz, terlalu banyak pilihan boleh membuat anda tidak akan mendapat kesempurnaa di akhirnya. Dalam bukunya bertajuk The Paradox of Choice, Schwartz menjelaskan bahawa kesulitan memilih ini tidak hanya dalam membeli satu-dua barang, melainkan dalam segala aspek kehidupan kita. Daripada memilih kursus untuk kanak-kanak hingga menentukan menu makanan. "Orang yang dihadapkan pada masalah banyak pilihan akan cenderung menghabiskan masa untuk melakukan pembelian yang tidak diingini. Bahkan, boleh jadi orang itu akan mempersoalkan kembali keputusan yang telah diambil," jelas Schwartz.
Begitu juga halnya dengan masalah maklumat. "Semakin banyak info yang anda dengar tentang jenama produk-produk tertentu, seperti makanan atau minuman, semakin sukar anda menentukan pilihan," kata Jacob Jacoby, profesor di bidang marketing dari New York University, Stern School of Business.
Schwartz menambah bahawa orang yang selalu cuba melayari setiap kemungkinan yang ada biasanya tidak akan bahagia. Sementara, orang yang memakai cara fikir "yang penting bagus", biasanya akan lebih bahagia. "Ada baiknya anda bertanya saja pada orang yang pakar tentang barang yang mahu dibeli. Misalnya, apabila membeli telefon baru, cuba tanya teman yang memahami teknologi dan mintalah dia memilihkan untuk anda. Dengan begitu, anda tidak perlu menghabiskan masa dua minggu keliling-keliling kedai , membaca review di internet, lalu membeli sesuatu yang kemudian disesali, "anjur Schwartz.
Moralnya jangan ralit sangat memilih dan membuat pilhan didalam kehidupan ini. Bak kata pepatah "pilih-pilih tebu sudahnya terpilih tekung tebu ( ruas tebu ) jangan sampai macam itu :) Kerana terlampau memilih sangat menghendaki yang terbaik, akhirnya mendapat yang buruk.
Wassalam, Wa'allahhualam.